Tips menggunakan dua monitor untuk komputer anda

Kini, anda tidak perlu lagi memikirkan budget untuk membeli monitor yang lebih besar. Tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah khusus untuk seseorang yang mengidamkan saiz paparan skrin komputer yang lebih besar terutama ketika sedang bekerja dengan gambar-gambar digital. Daripada anda membeli monitor yang lebih besar yang sudah tentu mahal harganya, mungkin lebih baik anda membeli dua monitor yang bersaiz kecil dan murah, rapatkan kedua-duanya dan ‘connect’ kan pada pc anda.

Anda menggunakan Windows XP, bukan? Terdapat banyak desktop terbaru kini yang menyokong dual komputer tanpa memerlukan hardware tambahan. Jika anda memiliki lebih dari satu connector monitor, sila lihat di belakang komputer anda untuk Connector Video Graphics Array (VGA) atau Connector Digital Visual Interface (DVI) atau salah satu dari padanya. Connectkan kabel monitor anda yang satu lagi pada VGA atau DVI dibelakang komputer anda.

Untuk konfigurasi paparan skrin monitor, rapatkan kedua monitor dan restart komputer. Komputer kemudiannya akan mengesan connection monitor baru. Sila ikuti arahan dibawah:

  1. Klik menu Start –> Control Panel
  2. Klik Appearance and Themes –> Displaydualmonitor_022.gif
  3. Pada kotak dialog Display Properties, klik tab Settings
  4. Klik icon monitor label 2 dan check pada Extend my Windows desktop onto this monitordualmonitor_04.gif
  5. Jika perlu, drag icon monitor. Pastikan diarahkan pada cara yang sama seperti monitor di atas meja anda. Klik tombol Identityuntuk menentukan yang mana monitor 1 dan yang mana monitor 2.dualmonitor_05.gif
  6. Klik Apply. Windows XP akan mengaktifikan monitor baru anda
  7. Klik Ok

Memiliki dua monitor akan merubah cara anda bekerja dengan komputer sehingga mampu menjadikan anda lebih kreatif.

Comments

Powered by Facebook Comments