Mula nak dapat idea berniaga
Kerja 12 jam sehari. 4 days on, 4 days off. Bila dikira balik, 4 hari x 12 jam = 48 jam. Bermakna saya telah bekerja 48 jam seminggu. Wow…
Menjadi adat resam dunia, setiap manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Namun jika difikir secara positif, manusia sentiasa mengejar sesuatu kelainan dalam hidupnya dan sentiasa menginginkan perubahan.
Pendapatan dari 48 jam seminggu bekerja bukan tidak mencukupi tetapi memenatkan. Mula rasa dalam hati nak cari peluang baru. Peluang pendapatan yang bebas dari telunjuk pihak atasan. Saya inginkan kebebasan dalam menjana pendapatan sendiri. Terdetik untuk nak berniaga. Tetapi nak berniaga apa? Seperti kata Nabi junjungan Muhammad SAW 10 dari pintu rezeki itu adalah berniaga tapi bagaimana caranya.
Dalam kepala ni selalu impikan nak mula berniaga sebab dah letih buat kerja makan gaji, walaupun setiap hujung minggu gaji masuk tapi kepuasan dalam mencari rezeki belum tercapai. Lagipun keperluan hidup setiap bulan, setiap tahun makin bertambah. Tanggungjawab pada keluarga makin besar. Keperluan keluarga perlu dipenuhi.
Bermula pada itu pelbagai fikiran masuk dalam kepala bagaimana hendak memulakan perniagaan. Nak berniaga apa? Tengok stesen minyak Petronas nak bukak satu tapi modal tinggi pulak sampai RM500k.
Ramai orang kata zaman alaf baru ni, orang berniaga guna internet. Jual barang melalui internet. Ditambah pulak dalam TV banyak iklan-iklan yang mengiklankan laman web perniagaan masing-masing. Baru semalam tengok iklan dalam TV yang mengiklankan laman web www.confused.com.
Dah mula dapat idea. “Aku nak berniaga melalui internet.†Tapi bagaimana? Arrghhh… itu tak jadi masalah. Boleh belajar. Orang lain boleh buat, aku pon boleh buat. Yang penting saya tak bergantung dengan sesiapa dalam menjana pendapatan sendiri. Untuk permulaan saya nak buat perniagaan melalui internet secara part time. Mana boleh terus full time… sapa nak bayar duit sewa rumah, insuran kereta bla bla bla….
Orang kata pendapatan ini boleh diibarat seperti dacing. Pendapatan makan gaji dacing disebelah kanan dan pendapatan sampingan dacing disebelah kiri. Mulanya dacing kanan lebih berat. Lama-kelamaan bila dacing sebelah kiri lebih berat dari sebelah kanan, baru lah boleh berhenti kerja





























May 22nd, 2007 at 4:59 am
Assalamualaikum,
Bagus pandangan dan idea nihh.Tapi kalau nak mula berniaga duit simpanan kena banyak.Mana tau perniagaan tidak menjadi dan perkara ini kerap terjadi.
PENGALAMAN SAYA :
dah dekat satu tahun tidak mempunyai pendapatan tetap.dan saya ada 6 jenis perniagaan kecil-kecilan yang sedang diuruskan.PerniaganInternet,saham,urusniaga pasaran hadapan,MLM,Insurans dan mengedar dan membekalkan propolis.
Jadi kalau satu tak ada hasil yang 5 lagi ada.Tapi kerja macma ini memenatkan.Janji apa yang kita nak buat mesti ada minat.
Sekian terima kasih dan selamat maju jaya